Berita Semasa

[VIDEO] Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat – JKR Sabah

PENAMPANG – Daerah Penampang dan Sipitang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, berikutan banjir kilat itu Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak, dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

@malaysiatribune

Daerah Penampang dan Sipitang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, berikutan banjir kilat itu Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak, dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan namun buat masa ini tiada jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsikan video kejadian banjir yang melanda daerah ini, hari ini.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan, beberapa kampung turut terlibat dalam banjir kilat itu antaranya Kampung Kolopis, dan Kampung Sugud selain terdapat penutupan jalan dilakukan.

“Orang awam diminta untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan lain berikutan beberapa jalan di sekitar Penampang dinaiki air susulan hujan lebat,” menurut kenyataan itu.

Anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang turut ditugaskan ke kawasan jalan dilanda banjir kilat untuk membantu pengguna jalan raya.

“Anggota bertindak melencongkan kenderaan supaya tidak melalui jalan yang dinaiki air akibat banjir dan tanah runtuh selain mengawal keselamatan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir di kawasan pantai barat Sabah, Kudat, Tongod, Beluran serta beberapa kawasan pedalaman negeri itu, dan ia diramal berlaku sehingga pukul 7 malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button