Berita SemasaHiburan

MBPJ anjur 37 acara sempena ulang tahun ke -18

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun yang lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status Majlis Bandaraya.

Sebagai hadiah kepada seluruh warga Petaling Jaya kali ini, MBPJ baru-baru ini mengumumkan penganjuran sebanyak 37 aktiviti dan program sempena sambutan itu sepanjang bulan ini.

MBPJ dalam kenyataannya berkata, objektif penganjuran acara itu adakan untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa itu dengan rakyat khususnya di Petaling Jaya.

Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dari segenap peringkat bertepatan dengan tema sambutan ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’ tahun ini.

“MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha menjayakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

“Daerah ini juga dianugerahkan sebagai ‘Bandar Paling Bahagia 2024’ sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Bahagia Bersama Malaysia MADANI’,” katanya.

Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling, MBPJ akan mengadakan Majlis Perasmian Ulang Tahun Petaling Jaya 2024 dan Promosi ‘Petaling Jaya International Folklore Festival 2025’ di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin pada 29 Jun ini.

Antara pengisian dalam pada program itu adalah pertandingan perarakan yang mempertandingkan dua kategori iaitu Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS).

Hampir 400 orang peserta dijangka menyertai perarakan itu dengan jumlah keseluruhan 13 penyertaan berpasukan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak.

Acara kemuncak ini akan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan
dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh,
Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun yang lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status Majlis Bandaraya.

Antara pengisian lain sepanjang sambutan itu adalah PJ Berselawat (27 Jun),
Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun) dan PJ Tower
Run (30 Jun).

Turut dianjurkan Larian Menara MBPJ yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas pelari menara nombor satu negara, Soh Wai Ching.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan acara-acara
yang telah disusun sepanjang bulan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sambutan ulang tahun,
sila layari laman sesawang rasmi MBPJ di www.mbpj.gov.my atau kunjungi
laman sosial rasmi Majlis (Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter;
Instagram: @pjcitycouncil).

Show More

Related Articles

Back to top button