Berita SemasaPolitik

Pas nafi khabar angin akan bersama PH-BN

SUNGAI BAKAP – Pas menafikan wujud rundingan antara parti itu untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) seperti khabar angin yang tersebar ketika ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak mendukung kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nak tegaskan bahawa Pas tidak akan menyertai Kerajaan PH-BN. Tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan di peringkat dalaman atau bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, Pas akan kekal tidak akan mengikut jejak UMNO yang sanggup mengorbankan pendirian parti semata-mata mahu kekal berkuasa.

Katanya, tindakan pemimpin UMNO yang sanggup bersama PH dan DAP mengkhianati kepercayaan pengundi adalah satu penghkhianatan.

“Tiada sebab kita nak dukung macam UMNO, waktu kempen pada rakyat semua laung No DAP! No Anwar! wallahi, wabillahi, bersumpah.

“Selepas pilihan raya apa yang berlaku? Dia jilat, langgar balik sumpah dia,”jelasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button