Luar Negara

Bawa jemaah haji secara haram, Mesir tarik balik lesen 16 agensi pelancongan

MESIR – Kerajaan Mesir menarik balik lesen operasi 16 agensi pelancongan yang didapati membawa jemaah haji secara haram ke Arab Saudi.

Laporan Reuters menyebut Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly melaksanakan tindakan tegas itu susulan tindakan agensi terlibat mengatur perjalanan jemaah haji yang tidak berdaftar secara rasmi.

Selain dibatalkan lesen operasi, pihak terlibat termasuk entiti berkaitan dirujuk kepada pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

Dalam musim haji tahun ini, sekurang-kurangnya 530 rakyat Mesir meninggal dunia..

Kebanyakan yang meninggal dunia dikenal pasti tidak berdaftar secara rasmi, manakala 31 kematian disahkan dalam kalangan jemaah haji berdaftar akibat penyakit kronik.

Agensi pelancongan itu didapati tidak menyediakan penginapan yang sesuai kepada jemaah haji sehingga menyebabkan keletihan, selain terdedah kepada suhu yang tinggi.

Show More

Related Articles

Back to top button