Penduduk kampung minum air rendaman kaki haji, hajah
JAKARTA – Tular satu video di TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendaman kaki yang didakwa sebagai air berkah.
Menurut laporan Liputan 6, air rendaman kaki itu merupakan milik jemaah Indonesia yang baru pulang daripada menunaikan haji.
Perkongsian klip tersebut telah mengundang pelbagai reaksi negatif yang mendakwa bahawa perbuatan itu sebagai tidak wajar.
“Nabi Muhammad SAW yang semulia itu sahaja tidak pernah melakukan perbuatan seumpama itu,” kata seorang pengguna.
“Difahamkan itu satu warisan budaya, tetapi jika tidak baik kenapa ia diteruskan,” kata seorang warganet lain.
Dalam pada itu, klip tersebut turut memaparkan seorang wanita mencium rendaman kaki seorang wanita lain yang didakwa sebagai hajah manakala seorang lagi mencium rendaman kaki seorang lelaki.
Menerusi klip berkenaan, difahamkan kejadian itu berlaku pada minggu lalu bagaimanapun lokasi perkampungan terbabit tidak didedahkan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune