Berita Semasa
Agong salur nilai bidaan plat kenderaan FFF 1 kepada Kerajaan Persekutuan
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
“Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan.