Berita Semasa

Johor negeri pertama tandatangani Perjanjian MacMichael – Tun M

KUALA LUMPUR – Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian MacMichael dengan menyerah negeri itu kepada British, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.

Jelas Dr. Mahathir, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.

“Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan dalam Demokrasi Berparlimen. Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives),” kata Dr. Mahathir dalam satu kenyataan di laman X hari ini.

Isnin lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar reformasi sistem Persekutuan dengan mahu Johor dilayan sebagai rakan kongsi dan bukan kepunyaan Malaysia.

Selain itu, Tunku Ismail turut menggesa reformasi sistem Persekutuan dilakukan dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button