‘Ketika kejadian Zaim Ikhwan berada denga. saya’ – Datuk Zayn Rayyan
KUALA LUMPUR – Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zahari Mohd Reba, 56, mendakwa ketika kejadian anak lelakinya, Zaim Ikhwan, 28, berada bersamanya.
Zahari berkata, justeru beliau menuntut keadilan sepenuhnya terhadap anak dan menantunya yang menjadi suspek utama kes itu.
“Sebenarnya kes Zayn ini, sebagai pihak Zaim Ikhwan, saya mahu keadilan. Keadilan untuk Zayn Rayyan cucu saya dan keadilan untuk Zaim Ikhwan dan Ismanira
“Pada masa kejadian tu dia berada dengan saya, buat kerja bersama jadi saya nak keadilan,” katanya.
Malah Zahari berkata, sepanjang siasatan dan pencarian dilakukan, anak lelakinya itu sentiasa berada bersamanya.
Sementara itu mengulas isu peguam Mahmud Abdul Jumaat yang menarik diri, Zahari berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah dan atas inisiatif satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mencari peguam.
“Saya balik rumah, Isnin saya berjumpa dengan Mahmud Jumaat, sebenarnya tiada surat rasmi untuk lantik beliau sebagai peguam.
“Jadi saya berjumpa dengan Fahmi (peguam Fahmi Abd Moin) dan beliau adalah peguam rasmi yang saya lantik. Sebenarnya salah faham kedua-dua pihak mungkin antara pihak media dan Mahmud. Tidak timbul soal menarik diri, ini salah faham,” katanya.