Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Tiada suspek lain, hanya ibu bapa Rayyan disiasat – KPN

KUALA LUMPUR – Tiada suspek lain yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya kedua ibu bapa kanak-kanak itu ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hanya kedua ibu bapanya buat masa ini. Kita reman tujuh hari bagi polis Selangor menyiasat,” katanya menurut laporan TV3.

Pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Azura Mohd Saad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pukul 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah

Show More

Related Articles

Back to top button