Berita SemasaSukan

Piala Thomas: Malaysia mula langkah kanan tewaskan Hong Kong 5-0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki kebangsaan melengkapkan kemenangan bersih ke atas Hong Kong apabila mencatat skor 5-0 pada saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China.

Aksi Kumpulan D itu dianggap sangat penting buat Malaysia bagi memastikan pasukan selangkah ke pusingan suku akhir menjelang perlawanan kedua menentang Algeria esok.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Pusat Sukan Hi Tech Zone itu, Malaysia meraih kemenangan melalui pertempuran antara jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terhadap Lee Cheuk Yiu dengan 21-18, 21-18.

Kemenangan itu sekali gus membakar semangat rakan sepasukan yang lain apabila beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata kedua dengan menewaskan Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-16, 21-12.

Momentum positif itu diteruskan apabila Leong Jun Hao mengalahkan Ng Ka Long 21-17, 12-21, 15-2, sekali gus menjadi mata kemenangan buat Malaysia.

Selepas Jun Hao mengesahkan kemenangan Malaysia, beregu kedua, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menambah derita Hong Kong apabila Lee Chun Hei-Tang Chun Man menerima kekalahan 21-19, 21-18, justeru menyumbang mata keempat buat Malaysia.

Akhirnya, Justin Hoh membuktikan kemampuan dengan melengkapkan skor 5-0 ke atas Hong Kong selepas menewaskan Chan Yin Chak 21-17, 19-21, 21-17.

Menerusi hasil kemenangan itu, Malaysia berpeluang untuk menjamin tempat ke suku akhir sekiranya berjaya menentang Algeria esok sebelum membuat perhitungan dengan juara edisi 2016, Denmark Selasa nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button