Berita Semasa

KUSKOP mahu lebih ramai belia libatkan diri dalam koperasi

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu lebih ramai belia di negara ini untuk bergiat aktif dalam bidang koperasi.

Timbalan Menterinya, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, kebanyakkan belia pada hari ini tidak menyedari akan potensi besar sektor koperasi, sekali gus menyebabkan kurangnya penyertaan golongan tersebut.

“Penglibatan belia dalam koperasi masih kurang bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

“Namun, dengan adanya universiti (Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia), kita percaya ia merupakan peluang baik untuk orang muda belajar dan menimba ilmu mengenai koperasi,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Koperasi Antarabangsa (ICC 2024) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan menghadiri Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Hampir 200 orang peserta dari pelbagai negara menyertai ICC 2024 yang dianjurkan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi memacu kemajuan koperasi di negara ini.

Persidangan itu disertai oleh peserta dari Korea, Thailand, Filipina, Australia, Brunei, Indonesia, India, Jepun dan Malaysia, untuk memberi penekanan teknologi digital dalam menghasilkan impak sosial, ekonomi dan alam sekitar yang signifikan.

Show More

Related Articles

Back to top button