Berita Semasa

[VIDEO] Kementerian Komunikasi tampung caruman Perkeso ‘stringer’ – Fahmi

KUCHING – Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pemberita sambilan atau ‘stringer’ berdaftar dengan pelbagai organisasi media seluruh negara akan ditampung Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, caruman itu akan bermula 1 Julai ini dengan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) akan menanggung caruman bagi tempoh setahun pertama.

@malaysiatribune

Kementerian Komunikasi taja caruman Perkeso semua wartawan sambilan berdaftar melalui Bernama fahmifadzil kementeriankomunikasi stringer wartawansambilan bernama jurufotomedia wargamedia mediamalaysia #beritatiktokviral

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Berdasarkan data Jabatan Penerangan, kata Fahmi, seramai 565 pengamal media yang berdaftar seluruh negara adalah bertaraf sambilan.

“Maka dengan ini, sukacita saya umumkan, bermula 1 Julai 2024, Kementerian Komunikasi melalui Bernama akan menampung caruman Perkeso untuk kesemua pengamal media dalam kategori itu bagi tempoh satu tahun,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam ucapannya Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Berikutan itu, Fahmi berkata, semua organisasi media berdaftar diarah mengemaskini data masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan untuk pemberita sambilan itu.

Sementara itu, Fahmi turut mengumumkan penerusan pemberian rebat rebat bil telefon pelan pascabayar.

“Bantuan yang dinamakan Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media itu akan dilaksanakan untuk tahun kedua pada bulan kebangsaan nanti.

“Selain itu, mana-mana organisasi media berdaftar yang masih belum melanggan kadar korporat yang ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO), anda boleh terus berhubung dengan mana-mana pengendali MNO bagi mendapatkan kadar korporat khas untuk pengamal media bermula 1 Julai 2024,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, ketika ini jumlah keseluruhan pengamal media yang memegang kad perakuan media Jabatan Penerangan Malaysia adalah seramai 11,235 orang.

Show More

Related Articles

Back to top button