Berita Semasa

Restoran pekerja kencing tepi longkang diarah tutup dua minggu

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini ditutup selama dua minggu selepas tular rakaman pekerjanya kencing di longkang di belakang premis berkenaan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Dorothy Dayang Henry Sum berkata, arahan penutupan sehingga 14 Februari itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas pemeriksaan dilakukan ke atas premis berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis yang pernah dikompaun sebanyak dua kali pada tahun 2022 itu masih melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak mencapai markah kebersihan.

“Susulan itu, premis dikenakan empat kompaun berjumlah RM1,500 termasuk di bawah Peraturan 33 yang berkait dengan kebersihan diri pekerja.

“Siasatan juga mengesahkan lelaki yang tular dalam video berkenaan adalah pekerja restoran itu,” katanya kepada pemberita.

Dalam video tular di media sosial semalam, seorang pekerja lelaki dirakam kencing di tepi longkang berhampiran restoran tempat dia bekerja.

Menurut Dorothy, hasil pemeriksaan mendapati pemilik perniagaan turut menyewa bangunan bersebelahan yang dijadikan stor tempat penyimpanan barang didapati dalam keadaan kotor.

“Kita dapati tandas di dalam stor itu tidak mempunyai bekalan air, berselerak dan dipenuhi puntung rokok,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button