Berita SemasaPM X

Tarikh pelaksanaan, mekanisme penyasaran subsidi diesel diumumkan dalam masa terdekat – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Tarikh pelaksanaan dan mekanisme penyasaran subsidi bahan api diesel akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan itu akan dimaklumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kerana beliau sudah pun memberikan gambaran mengenainya dan kini hanya perlu tindakan susulan.

“Ada orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan.

“Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Pameran Era Pasca Normal Madani, di sini hari ini.

Dalam Perutusan Negara yang disampaikan Selasa lepas, Anwar mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, membolehkan penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Penyasaran itu, bagaimanapun, tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Show More

Related Articles

Back to top button