Anggota nasyid Rabbani meninggal dunia
PUTRAJAYA – Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dilaporkan telah kembali ke rahmatullah di kediaman beliau di Saujana Utama pada sekitar pukul 4.45 petang tadi.
Perkara itu disahkan Munsyid Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia saudara Nazrul Azhar Tamrin yang juga anggota kumpulan @rabbani_official telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di kediaman beliau di Saujana Utama.
“Marilah sama-sama kita doakan roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solehin,” katanya, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 47 tahun.
Beliau sebelum ini difahamkan sudah lama menderita komplikasi akibat penyakit buah pinggang.