Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Mayat pengawal keselamatan dalam but kereta, polis tahan rakan sekerja

SABAK BERNAM – Polis mengesyaki kes kematian seorang pengawal keselamatan yang ditemukan di dalam but sebuah kereta di Jalan Pasir, Taman Pertama di sini pada 16 September lalu berpunca daripada masalah hutang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Robin Guha Thakurta berkata, siasatan terhadap salah seorang rakan sekerja mangsa mendedahkan mangsa mempunyai masalah peribadi dan hutang.

Katanya, polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Robin berkata, lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Selangor esok.

Sebelum ini Robin berkata, mayat pengawal keselamatan berkenaan dijumpai selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada 6.04 petang, 16 hari bulan lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button