Berita SemasaPM X

Syarikat pro Zionis miliki saham MAHB hanya tuduhan pembangkang – Anwar

ASTANA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro Zionis adalah tidak berasas.

Beliau berkata, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Tiada yang positif daripada pembangkang, hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki.

“Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan.

“Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati pembangkang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi.

Sebelum ini, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu hantaran di Facebook mendakwa 25 peratus lagi baki saham MAHB akan dimiliki oleh Global Infrastructure Fund iaitu syarikat milik BlackRock berpangkalan di New York yang juga penyokong kuat rejim Israel.

Show More

Related Articles

Back to top button