PM X

Pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai – PM

DOHA – Tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

Pandangan tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya diminta oleh Seri Paduka Baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, ‘Tuanku, lalui proses itu’,” katanya ketika wawancara bersama Bloomberg dalam Forum Ekonomi Qatar (DEF) 2024 di sini semalam.

Sebelum ini, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, semua pihak perlu memberi fokus terhadap prosiding kes berkenaan yang sedang berjalan berbanding isu tahanan rumah.

“Akhirnya Agong yang akan membuat keputusan.

“Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan melangkaui (kuasa) Agong,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button