Berita Semasa

PBB Mosar selamatkan pendaki warga China di Gunung Kinabalu

RANAU – Seorang pendaki dari China yang terseliuh pada buku lali berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba Bantuan (PBB) dan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) ketika mendaki Gunung Kinabalu dekat sini.

PBB Mosar dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi mengenai seorang pendaki yang tercedera pada Kilometer 3.3 Gunung Kinabalu.

Bertindak atas maklumat, tujuh anggota PBB MOSAR telah digerakkan ke lokasi bersama seorang petugas Sabah Park dan tiga malim gunung.

Komander Operasi, PBB Alexander Justin berkata, mangsa merupakan seorang lelaki warga negara China yang mengalami kecederaan dan terseliuh pada bahagian buku lali kiri kakinya.

“Anggota bomba telah memberikan rawatan awal dan seterusnya membawa turun mangsa menggunakan pengusung menuju ke Pintu Timpohon.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Sabah Park untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat tersebut ditamatkan pada jam 2.03 petang.

Show More

Related Articles

Back to top button