Berita Semasa

Kasino di Forest City: Bukit Aman panggil ketua pengarang portal

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam keterangan Ketua Pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris, Isnin ini, berhubung penerbitan artikel bahawa projek kasino dipertimbangkan untuk Forest City di Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat peguam ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang turut dikaitkan dalam artikel itu.

“Laporan dibuat di sini (Kuala Lumpur) berhubung artikel berunsur fitnah bertajuk Malaysia Mulls Casino at Forest City : Bloomberg melalui pautan https://www.theedgesingapore.com/news/asean/malaysia-mulls-casino-forest-city-bloomberg

“Laporan itu dibuat selepas artikel tersebut didakwa mengandungi pernyataan yang palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan.

“Justeru itu, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya memetik laporan BHOnline.

Razarudin berkata, polis juga akan merakam percakapan Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay berhubung perkara itu, dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun tarikh rakaman percakapan terhadap kedua-dua ahli perniagaan terbabit belum diperolehi.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas juga melakukan temu janji untuk rakaman percakapan beberapa saksi-saksi penting dan masih belum mendapatkan pengesahan tarikh yang sesuai,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa kerajaan menyaman dua agensi media asing berhubung laporan penerbitan artikel berniat jahat mengenai kasino di Forest City.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, akreditasi media terbabit, iaitu Bloomberg dan Business Times Singapura juga perlu ditarik.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Berjaya Corp dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Bloomberg melaporkan, Anwar telah pengasas Berjaya Corp, Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City, Johor.

Berjaya Corp berkata, penerbitan artikel yang berniat jahat itu diburukkan lagi oleh fakta yang tidak disahkan kebenarannya.
https://www.theedgesingapore.com/news/asean/malaysia-mulls-casino-forest-city-bloomberg

Menurut Razarudin, individu terbabit dipanggil ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman pada 11 pagi.

“Berdasarkan laporan, artikel itu didakwa mengandungi pernyataan palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan,” kata Razarudin.

Jelas Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata polis juga akan merakam keterangan beberapa individu lain termasuk Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay berhubung perkara itu.

Menurutnya, pihak USJT sudah menghubungi mereka untuk menetapkan tarikh bagi proses rakaman keterangan berkenaan.

Bulan lalu, agensi berita Bloomberg mendakwa kerajaan mempertimbang meluluskan projek kasino di Forest City dan Vincent Tan serta Lim Kok Thay terbabit dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.

Laporan itu disifatkan fitnah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Johor dan dua ahli perniagaan terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button