Berita SemasaSukan

Piala Thomas: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas pada perlawanan kedua

CHENGDU – Pasangan beregu utama negara tewas kepada pasangan beregu utama dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi untuk menyamakan kedudukan semasa menjadi 1-1.

Pada perlawanan kedua, Malaysia berjaya menang pada set pertama dengan keputusan 21- 18, tetapi Takuro Hoki-Yugo Kobayashi berjaya bangkit untuk menang set kedua dengan keputusan 21-14.

Pada set ketiga, aksi pertembungan yang menarik dari kedua-dua beregu apabila mata bersilih ganti sehingga ke mata penentuan sebelum pasangan dari Jepun itu menyudahkan keputusan set ketiga dengan skor 21-19.

Kini sedang berlangsung perlawanan antara Leong Jun Hao menentang Koki Watanabepada pada perlawanan ketiga.

Show More

Related Articles

Back to top button