SukanBerita Semasa

‘Smash’ Jun Hao terpantas sepanjang Piala Thomas Chengdu

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta sensasi apabila pukulan ‘smash’ dilakukannya diiktiraf sebagai terpantas sepanjang kempen Piala Thomas Chengdu 2024 Ahad lalu.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pukulan Jun Hao, merekodkan kelajuan 482.0 kilometer sejam (km/j) diikuti rapat kedua pemain China, Li Shifeng, 480.7 km/j) dan ketiga Jonatan Christie dari Indonesia, (479.0 km/j).

“Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pula pada kedudukan keempat (476.9 km/j) diikuti Nadeem Dalvi (England) kelima (469.9 km/j), Lin Chun-Yi dari Taiwan pada kedudukan keenam (463.3 km/j).

“Pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pula ketujuh terpantas dengan catatan 462.3 km/j, diikuti bintang Hong Kong, Lee Cheuk Yiu (460.8 km/j),” seperti dilaporkan Sinar online hari ini.

Manakala Ramsus Gemke (Denmark) dan Anthony S Ginting (Indonesia) masing-masing melengkapkan slot kesembilan serta kesepuluh terpantas dengan catatan 459.8 km/j dan 456.1 km/j.

Walaupun pemain Malaysia itu tidak menjuarai piala Thomas kali ini, rata-rata ramai netizen memuji dengan kebolehan dan kesungguhan di acara tersebut kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button