Politik

Zahid minta parti politik henti guna taktik naikkan semula video lama

PUTRAJAYA – Semua parti politik diminta agar berhenti untuk menggunakan taktik menaikkan semula video lama bagi mengutuk parti-parti lain, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas mengenai video lama berhubung calon DAP bagi DUN Kuala Kubu Bharu, mengkritik Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid berkata, suasana realiti politik sudah berubah dan UMNO kini telah membuka buku baharu.

“Kalau video lama memang banyak video yang begitu. Parti lain pun begitu juga, ada sebuah video oleh pemimpin parti Islam minta sokong DAP, itupun boleh dimainkan.

“Tetapi realiti politiknya suasana sudah berubah. Senario politik juga sudah berubah dan pada hemat saya kita tutup buku lama. Buka buku baharu dalam hal ini,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Santunan Kasih Syawal bersama Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP akan memenangi PRK Kuala Kubu Bharu, Ahmad Zahid bagaimanapun, berkata ia hanya pendapat peribadi bekas Perdana Menteri itu.

“Itu pendapat beliau, sangat eloklah beliau menumpukan perhatian kepada amal ibadat sahaja,” katanya.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button