Politik

Tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan Presiden – Ahmad Said

KUALA LUMPUR – Ahli perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) sebulat suara memilih supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Ahmad Said berkata, undian suara yang dilakukan menunjukkan bahawa lebih 90 peratus ahli perwakilan bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Saya berterima kasih kepada perwakilan kerana memilih untuk bersatu pada ketika kita dilihat sedang berpecah,” kata Ahmad Said.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Laman Media PAU2022, sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button