Guru agama dipercayai liwat pelajar ditahan
MACHANG – Seorang guru di sebuah pusat tahfiz di sini ditahan selepas dipercayai meliwat tiga orang pelajar sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu.
Menurutnya, mangsa mengadu telah diliwat oleh suspek berusia 36 tahun itu dalam kejadian berulang-ulang sejak dua tahun lalu.
“Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 hingga 22 April ini dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.
Sehubungan itu, pihakmenasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan,” katanya.