Berita Semasa

Suresh Singh dilantik setiausaha politik Menteri Digital

PUTRAJAYA – Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengumumkan pelantikan Suresh Singh Rashpal Singh sebagai setiausaha politiknya.

Perkara itu dimaklumkan Gobind menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

“Tuan Suresh Singh, Penyelaras Parlimen Damansara kini sah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Politik saya.

“Kehadiran beliau dalam pasukan saya akan memastikan gerak kerja yang lebih mantap dan tersusun, terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat jelata,” katanya.

Gobind turut berkongsi gambar Suresh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika penyerahan Surat Cara Pelantikan Setiausaha Politik Persekutuan.

Suresh yang merupakan Penyelaras Parlimen Damansara merupakan bekas Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Disember 2018 sehingga 4 Disember 2021.

Show More

Related Articles

Back to top button