Berita Semasa

KUSKOP sedia RM100 juta bantu penubuhan koperasi sektro agromakanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan peruntukan RM100 juta untuk membiayai penubuhan koperasi berkait sektor agromakanan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan negara itu akan dilaksanakan melalui Tabung Modal Pusingan yang akan dikelola Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Saya menggalakkan masyarakat dapat memulakan penubuhan koperasi setempat untuk terlibat dalam aktiviti pertanian, penternakan, perladangan dan aktiviti lain di bawah sektor agromakanan.

“Penubuhan koperasi yang terlibat dalam sektor agromakanan boleh membantu rantaian bekalan dan keterjaminan makanan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ewon berkata, SKM mendaftarkan 1,001 koperasi baharu pada 2023, yang merupakan jumlah sejarah pendaftaran tertinggi dalam satu tahun.

Katanya, KUSKOP dan agensi di bawahnya termasuk SKM bersedia membantu koperasi-koperasi terutama yang sudah mula berniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button