Berita SemasaSukan

Gagal kembali ke prestasi terbaik, Momota umum gantung raket

TOKYO – Kento Momota mengumumkan persaraan beliau daripada arena badminton antarabangsa pada usia 29 tahun selepas mengakui prestasinya tidak lagi sama sejak terlibat dalam kemalangan kereta empat tahun lalu.

Pada Januari 2020, Momota mengalami kemalangan di Kuala Lumpur selepas memenangi Malaysia Masters, beliau mengalami keretakkan di dalam matanya dan kemalangan tragis itu telah mengorbankan pemandu yang membawa Momota.

Setahun kemudian, Momota menghadapi kesukaran untuk kembali ke tahap terbaiknya walaupun telah memenangi dua kejuaraan lain, beliau mengakui tidak mampu untuk mencapai prestasi terbaiknya.

“Pada masa kemalangan itu, saya tidak boleh menipu jika saya berkata kepada diri sendiri, ‘Kenapa saya?,” kata Momota kepada pemberita di Tokyo pada Khamis.

“Terdapat banyak masa sukar selepas kemalangan jalan raya itu.

“Saya cuba kembali kepada cara saya bermain melalui percubaan dan kesilapan, tetapi terdapat jurang antara perasaan saya dan badan saya.

“Itu berterusan dan saya tahu saya tidak akan dapat kembali ke tahap di mana saya bersaing dengan yang terbaik di dunia,” ujarnya lagi.

Katanya, beliau akan mengakhiri kariernya di arena antarabangsa selepas beraksi di Piala Thomas di China pada penghujung bulan ini dan tidak akan ke Olimpik Paris.

Beliau kemudian hanya akan bermain dalam pertandingan domestik di Jepun setelah menamatkan kempen di pentas dunia badminton.

Dalam pada itu, Momota kini berada di tempat ke-52, pernah menjadi juara dunia badminton dua kali dan merupakan salah satu pemain badminton terbaik dalam sejarah dan memenangi 11 kejuaraan pada 2019 dengan hanya kalah enam kali daripada 73 pertandingan yang disertainya pada tahun tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button