Sukan

Tan Jie-Ee Wei pamer kebangkitan luar biasa, mara ke separuh akhir Masters China

SHENZEN – Pasangan beregu campuran negara, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya menyelamatkan sembilan mata match point di set kedua sebelum menang 23-21 ke atas wakil tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui di suku akhir Masters China hari ini.

Terdahulu pasangan negara itu tewas 14-21 di set pertama sebelum terus ketinggalan di set kedua hingga suatu ketika ketinggalan 1-11.

Selepas interval, pasangan negara itu terus mengutip mata demi mata namun pasangan China itu terlebih dahulu berjaya mendapat mata match point dengan kelebihan sembilan mata.

Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada pasangan China itu, pasangan beregu nombor satu negara itu secara tiba-tiba bangkit dan mengutip mata satu demi satu hingga berjaya mengikat di mata 20.

Pasangan China yang seolah-olah hilang arah selepas gagal menamatkan perlawanan sebenar terus hilang punca dan tewas 23-21 di set kedua.

Di set ketiga Tan Jie-Ee Wei terus tidak menoleh ke belakang dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 21-16 sekali gus mara ke separuh akhir esok.

 

Show More

Related Articles

Back to top button