Politik

‘Satu fitnah yang amat jijik’ – Fahmi

Netizen dakwa wang royalti petroleum untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun PKR

CYBERJAYA – Dakwaan bahawa royalti petroleum bernilai “berbilion ringgit’ untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu fitnah yang amat jijik.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dibuat segera.

“PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres diadakan dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti dituduh itu masuk ke dalam akaun PKR,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut berkongsi tangkap layar hantaran yang mendakwa Kelantan dan Terengganu tidak mendapat royalti petroleum kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memasukkan ke akaun PKR.

Show More

Related Articles

Back to top button