PM X

PM nasihat rai Syawal dengan penuh istiqamah

BATANG KALI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir menunaikan solat Jumaat bersama warga di Batang Kali hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau mengambil kesempatan ini untuk menjalin ukhuwah bersama rakyat dan beramah mesra dengan warga di sini.

“Terima kasih atas sambutan yang begitu meriah dan hidangan juadah seperti ayam, sate, lemang dan rendang yang menyelerakan,” katanya di satu hantaran di laman X hari ini.

Beliau juga menasihati seluruh umat Islam untuk meraikan Syawal dengan istiqamah dalam beramal dan tidak kembali kepada sikap lama yang ditinggalkan tatkala Ramadan.

Show More

Related Articles

Back to top button