Liverpool kembali ke puncak, tewaskan Sheffield United 3-1
LIVERPOOL – Pasukan Liverpool kembali ke puncak teratas Liga Perdana England selepas menewaskan Sheffield United 3-1 di Stadium Anfield, pada awal pagi tadi.
Kemenangan The Reds dipastikan menerusi gol yang dihasilkan oleh Darwin Nunez, Alexis Mac Allister, dan Cody Gakpo.
Pasukan Sheffield sempat menyamakan 1-1 hasil sumbangan Conor Bradley.
Pasukan Juergen Klopp yang mengumpul 70 mata daripada 30 perlawanan kini mendahului dengan dua mata di hadapan Arsenal dan tiga mata daripada Manchester City.
“Kami terpaksa berhempas pulas, tetapi itu adalah perkara biasa.
“Sikap yang baik, adalah perubahan permainan yang lengkap,” kata Klopp disini hari ini.
Liverpool kini dalam landasan terbaik untuk memenangi kejuaran liga sebagai hadiah perpisahan buat warga Jerman itu dalam musim terakhirnya.
Bagaimanapun, mereka perlu meningkat daripada prestasi tidak menentu itu untuk mengekang kemaraan Arsenal dan juara bertahan City, yang berada tiga mata di belakang Liverpool.
Liverpool bertandang ke Manchester United dalam liga Ahad ini bagi pertembungan genting dengan musuh tradisi mereka.