Luar Negara

Anakonda gergasi tular dalam video di Brazil ditemui mati

AMAZON – Seekor ular anakonda gergasi yang dirakam berenang bersama seorang saintis di dasar sungai di Selatan Brazil baru-baru ini ditemui mati dipercayai akibat ditembak.

Ular sepanjang 7 meter yang dikategorikan sebagai spesies tidak terekod itu ditemui mati kira-kira sebulan selepas rakaman videony tular di media sosial.

Ular yang diberi gelaran Anna Julia itu ditemui di Sungai Fomoso, pedalaman Benito dalam negeri Mato Grosso, Brazil oleh pakar biologi Universiti Vrije, Profesor Freek Vonk.

Di dalam video tular berkenaan, Freek Vonk dirakam berenang bersama ular berkenaan untuk program dokumentari National Geographic dan Disney Plus bertajuk ‘Pole to Pole With Will Smith.

Freek Vonk yang menemukan ular berkenaan bagaimanapun berkata, punca kematian masih dalam siasatan kerana reptilia itu didapati sihat ketika kali terakhir ditemukan.

“Dengan rasa duka cita di hati ini, saya ingin memberitahu semua bahawa ular anaconda hijau gergasi yang berenang bersama saya tempoh hari ditemui mati di sungai minggu ini.

“Setakat yang kami tahu, ia dalam keadaan sihat dan mampu hidup untuk bertahun-tahun lagi,” katanya dalam hantaran di Instagramnya.

Freek Vonk bagaimanapun tidak menolak punca kematian haiwan itu disebabkan faktor semula jadi.

Show More

Related Articles

Back to top button