Bisnes & Ekonomi

KUSKOP sasar RM1.6 juta Program Jualan Madani Raya

PUTRAJAYA – Program Jualan Madani Raya (PJMR) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM1.6 juta nilai jualan sepanjang program tersebut.

Turut dijangka seramai 300,000 pengunjung akan hadir sepanjang program bersempena Festival Ramadan Putrajaya 2024.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, program bertujuan menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

“PMJR 2024 kali ini menyediakan 60 reruai jualan dengan penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi yang menawarkan pelbagai barangan keperluan persiapan Aidilfitri dan keperluan harian.

“Bagi membantu meringankan beban rakyat, kadar harga diskaun sehingga 20 peratus telah ditawarkan pada kali ini,” katanya hari ini.

Ewon berkata, bagi menyokong usahawan dan koperasi satu sesi walkabout telah diadakan dengan mengadakan happy hour bertujuan memberi diskaun sebanyak 30 peratus kepada pelanggan dan juga cabutan bertuah.

“Kami yakin program seumpama ini berupaya meringankan beban rakyat sekaligus memperkasa dan mempromosi perniagaan usahawan dan koperasi,” katanya lagi.

“Dengan trend jualan online mungkin menyumbang kemerosotan jualan langsung peniaga akan tetapi ianya juga mengelak dari kesesakan, inflasi dan sebagainya.

“Inilah antara tujuan walkabout ini bagi mendapatkan maklumbalas dari peniaga sendiri,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button