KJR cadang pengambilan pekerja asing dalam sektor binaan diurus CLAB
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KJR) mencadangkan agar urusan pengambilan pekerja asing dalam sektor pembinaan di Malaysia diuruskan sepenuhnya oleh Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB).
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk pertimbangan.
“Saya mencadangkan kepada dud kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) agar mempertimbangkan perkara ini
“KSM dan KDN hanya berurusan dengan CLAB dan tidak perlu berurusan dengan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan pekerja sebagaimana laporan yang diterima di akhbar termasuk kesukaran yang berlaku untuk menguruskan pekeria asing,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke – 20 CLAB di sini hari ini.
Tambah Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, beliau menyifatkan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini adalah disebabkan oleh pengurusan sesetangah syarikat yang tidak baik.
“Sebab ada lambakan pekerja asing adalah kerana ia tidak diurus dengan baik dan sekali gus akan menyusahkan negara.
“CLAB ini sangat cukup teratur kerana ia adalah agensi dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang merupakan agensi kerajaan maka kebertanggungjawaban itu lebih daripada pihak swasta yang tiada pemantuan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis berkata, pihaknya bersedia untuk menguruskan sepenuhnya pengambilan pekerja binaan asing di Malaysia, bagi mengurangkan masalah lambakan pekerja di dalam industri pembinaan.
Jelasnya, selain pengambilan pekerja, CLAB juga menguruskan pertukaran pekerja daripada majikan yang tidak lagi memerlukan pekerja, kepada majikan yang memerlukannya.
“CLAB juga turut terlibat dalam program meregularisasikan PATI di negara ini dibawah Program Rekalibrasi,” katanya.
Abdul Rafik berkata, selain mengurus pengambilan dan pertukaran pekerja binaan asing, CLAB juga sedang menelusuri beberapa usahasama dalam penyediaan CLQ (Centralised Labour Quarters iaitu Pusat Penginapan Pekerja Berpusat yang bertempat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
“Bagi memastikan pekerja binaan yang disediakan berupaya menjalankan kerja-kerja mengikut keperluan majikan, CLAB juga turut mengadakan temuduga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu, dan juga ujian kecergasan yang lain,” katanya lagi.
Menurutnya, CLAB juga memperkenalkan aplikasi E-biodata bagi memberi kemudahan kepada kontraktor untuk membuat pemilhan biodata pekerja asing yang memenuhi kriteria yang diperlukan seperti maklumat lengkap individu dan butiran pengalaman pekerja.
Antara program lain yang telah disediakan ole CLAB termasuk Program Ekspratriat, Program Perantisan bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan platform mencari keria secara percuma untuk industri pembinaan di laman sesawang http://www.jobskillz.my/