Berita Semasa

Kerajaan minta Kementerian Ekonomi susuli perkembangan JS-SEZ

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi diminta menyusuli cadangan berkait Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Special Economic Zone (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas mengadakan Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya bagi membincangkan status terkini kemajuan projek itu semalam.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, beberapa menteri Kabinet, Menteri Besar Johor, ketua setiausaha kementerian yang terlibat dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan di Johor.

“Saya telah meminta Kementerian Ekonomi untuk menyelaraskan mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli cadangan-cadangan berhubung JS-SEZ,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Anwar berkata, mesyuarat itu turut membincangkan beberapa program dan projek menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di Johor.

“Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang, Insya-Allah,” katanya.

Antaranya adalah ;

1. Lebuhraya Senai ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan Senai ke Desaru

2. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi daerah Segamat, Kota Tinggi dan di Batu Pahat

3. Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dan kerja-kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah

4. Kerja-kerja menaik taraf Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)

5. Cadangan penyuraian, pengurusan trafik dan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru serta hala tuju Iskandar Rapid Transit (IRT)

6. Bekalan air Johor melibatkan Sungai Pontian Besar, Sungai Sedili Besar, Sungai Gembut, Air Layang 2 dan Sungai Johor.

Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang, Insya-Allah.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button