Berita SemasaPM X
Trending

Jangan samakan kejatuhan ringgit sekarang dengan krisis ekonomi 1998 – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukan ringgit yang berlaku ketika krisis ekonomi pada tahun 1998 tidak boleh disamakan dengan keadaan ringgit sekarang.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi sekarang kadar pengangguran adalah lebih rendah berbanding semasa krisis ekonomi itu berlaku.

“Walaupun ringgit dinilai rendah berbanding dolar, keteryakinan pelabur terhadap ekonomi adalah tinggi dengan banyaknya pelaburan terus luar negara.

“Ia usaha kerajaan setiap hari untuk mengurus kawal kadar matawang negara dan memantau kos kehidupan setiap hari bagi memastikan ia terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia di Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Sementara itu dalam ucapannya, Anwar berkata, TRX menjadi bukti kejayaan dalam merealisasikan visi Malaysia untuk membina sebuah daerah kewangan antarabangsa bertaraf dunia sepanjang 10 tahun pembangunannya, sejajar dengan aspirasi negara untuk bersaing di pentas global.

Anwar berkata, TRX kini telah menyerlahkan potensinya sebagai sebuah hab perniagaan yang menempatkan pelbagai syarikat serta populasi lebih daripada 30,000 pekerja termasuk 20,000 pekerja berkemahiran.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyatakan kepentingan kepada pemulihan fiskal jangka pendek ialah dengan pelaksanaan penyasaran subsidi, di mana Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bertanggungjawab secara kolektif.

Sementara itu berkenaan beras Madani, Anwar berkata, kerajaan akan membuat satu makluman petang ini.

Show More

Related Articles

Back to top button