Berita SemasaLuar Negara

Israel dakwa selamatkan dua tebusan selepas serang Rafah

DOHA – Israel mendakwa berjaya membebaskan dua tebusan Israel-Argentina di Rafah pada Isnin menerusi serangan udara yang mengorbankan 67 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Menurut laporan Reuters, operasi yang dijalankan oleh tentera Israel, bersama Shin Bet dan Unit Polis Khas di Rafah berjaya membebaskan Fernando Simon Marman, 60, dan Louis Hare, 70.

Kata tentera Israel, mereka adalah antara 250 orang yang dirampas semasa serbuan 7 Oktober oleh Hamas yang mencetuskan perang Israel ke atas Gaza.

Operasi di bandar selatan Gaza itu adalah tempat perlindungan terakhir kira-kira sejuta orang awam yang kehilangan tempat tinggal itu.

Tambah tentera Israel, 31 tebusan telah meninggal dunia, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, operasitersebut menunjukkan bahawa tekanan tentera harus diteruskan.

Jelasnya, tebusan itu ditahan di tingkat dua sebuah bangunan yang dipecahkan dengan bahan letupan semasa serbuan, menyaksikan pertukaran tembakan yang hebat dengan bangunan di sekitarnya.

Sehingga kini, sebanyak 28,340 rakyat Palestin maut dan 67,984 cedera, menurut pegawai kesihatan Gaza, yang mengatakan ramai lagi tertimbus di bawah runtuhan.

Show More

Related Articles

Back to top button