Berita Semasa

Wanita pertama dalam perkhidmatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia pada usia 100 tahun

KUALA LUMPUR – Tan Sri Devaki Krishnan yang merupakan wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, meninggal dunia malam tadi pada usia 100 tahun.

Berita pemergian mendiang dimaklumkan cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan dalam satu hantaran di Facebook awal pagi tadi.

“Kehilangannya pada usia 100 tahun sudah tentu amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Kehilangannya tiada ganti. Kenangan bersamanya akan terus diabadi. Semoga rohnya diberikan ketenangan,” katanya.

Menurut Ramanan, mendiang merupakan tokoh wanita berpengaruhb dalam politik Malaysia sehingga diberi gelaran ‘Grand Dame of Malaysian Indian Politics’ .

“Hayatnya diabadikan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Jasa dan kepimpinannya mengangkat martabat wanita di mata dunia meninggalkan warisan gemilang dalam politik negara,” ujar Ramanan lagi.

Sebagai rekod, Devaki adalah antara individu yang terlibat menubuhkan bahagian wanita dalam MIC dan merupakan Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.

Show More

Related Articles

Back to top button