Berita Semasa

Guru wanita jalin hubungan dengan pelajar direhatkan

PUTRAJAYA – Guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun baru-baru telah direhatkan dari tugas sementara siasatan kes itu selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru berkenaan perlu mematuhi prosedur dan syarat siasatan sehingga semuanya selesai.

“Sementara menunggu siasatan kes ini selesai, guru itu direhatkan sehingga semuanya (siasatan dan pendakwaan) selesai.

“Selepas itu barulah tindakan dari peringkat Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal memberi jaminan KPM akan sentiasa memastikan hak setiap murid dan pelajar di negara ini dilindungi mengikut undang-undang yang ada.

Polis sebelum ini merakam percakapan dengan guru berusia 37 tahun yang mempunyai lima orang anak itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh ibu pelajar berkenaan.

Dalam laporan itu, ibu mangsa mendakwa anaknya menjadi mangsa cabul guru berkenaan ketika mengulangkaji pelajaran di perpustakaan.

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button