Berita SemasaPM X
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan
selamat menyambut perayaan Pongal kepada seluruh warga Tamil di negara ini.
Anwar berkata, perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur, selain bersiap untuk lembaran baharu.
“Saya amat berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan dan semarakkan nilai-nilai yang baik, selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Perayaan Ponggal atau pesta menuai disambut masyarakat India di seluruh negara pada hari pertama bulan Thai mengikut kalender Hindu.