Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Feruni jalin kerjasama dengan pemaju perumahan tawar pelbagai faedah

KUALA LUMPUR – Jenama Jubin terkenal, Feruni Ceramiche (Feruni) dan beberapa pemaju perumahan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam menawarkan pelbagai tawaran kepada pelanggan mereka selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Feruni, Datuk C.C. Ngei, menerusi MoU tersebut kesemua pihak akan mewujudkan situasi menang-menang dalam usaha mewujudkan pengalaman baharu khusus buat pembeli hartanah.

“Kolaborasi sinergi ini mencerminkan komitmen kami untuk menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada pemaju hartanah yang memilih Feruni sebagai pilihan mereka sebagai rakan kongsi jubin.

“Melalui kerjasama ini, matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap pihak mendapat lebih banyak keuntungan dan manfaat dengan berbelanja lebih sedikit di mana akhirnya mewujudkan situasi menang-menang untuk semua yang terlibat,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu.

Sebagai rekod, MoU itu melibatkan pemaju seperti Bangsar Hill Park, Bon Estates, Majestic Gen Sdn Bhd dan Webest.

Mengulas lanjut, Ngei berkata, menerusi MoU itu juga, pelbagai ganjaran eksklusif ditawarkan seperti diskaun, rebat dan baucar kepada mereka yang membeli hartanah daripada panel pemaju yang terlibat.

Antara tawaran tersebut termasuk menyediakan bahan jubin premium tanpa sebarang tambahan pelaburan daripada pemaju.

Selain itu, rebat tambahan sebanyak RM5,000 untuk pembeli hartanah Verdura turut ditawarkan oleh Bangsar Hill Park manakala Bon Estates menawarkan baucar penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM5,000 untuk pembeli hartanah Bon Kiara.

Lebih menarik lagi, Majestic Gen Sdn Bhd menawarkan rebat istimewa RM5,000 untuk pembeli hartanah Majestic Residence manakala Webest menawarkan diskaun dua peratus daripada jumlah harga pembelian satu unit hartanah ‘29 Reserve’.

“Pembeli hartanah juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menakjubkan seperti lawatan untuk dua orang ke Bali, peralatan kediaman dan banyak lagi apabila mereka membeli mana-mana hartanah yang ditawarkan oleh panel pemaju,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button