Berita Semasa

Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan hiburan Siti Nor Hafiza

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, malam tadi.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan yang kritikal di hospital London.

“Malam ini (semalam) saya menerima khabar duka. Beliau meninggal dunia. Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah Fiza Kamarudin.

“Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, kelmarin untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Memetik laporan Bernama, suaminya Mohd Roshdi Ramli memaklumkan bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia).

Show More

Related Articles

Back to top button