Berita Semasa

KBS serah RM97,000 jayakan aktiviti sukan di Sekolah Agama Rakyat di Kedah

CYBERJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM97,000 bagi aktiviti sukan Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM47,000 daripada Dana Sukan Komuniti adalah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

Manakala RM50,000 lagi adalah bagi pembelian peralatan sukan seperti meja pingpong dan alatan memanah, dan bagi menjalankan aktiviti pembangunan sukan di peringkat sekolah.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu majlis di SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI), baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Amir Hamzah Awang Ghazali; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd Nizam Ismail; dan Pengarah Majlis Sukan negeri, Zulzuraidy Othman.

Hannah dalam ucapannya menyatakan harapan supaya sekolah agama rakyat dapat membudayakan sukan dalam kalangan pelajarnya.

“Semoga peruntukan dan peralatan sukan baharu ini membolehkan pelajar-pelajar menerima latihan dengan lebih baik dan penganjuran sukan dapat dianjurkan dengan lebih sempurna,” kata Hannah.

Show More

Related Articles

Back to top button