
Identiti mangsa pesawat ringan terhempas di Kapar dikenal pasti
KLANG – Polis telah mengenalpasti identiti juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, petang tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata, mengikut senarai nama penumpang pesawat, mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon,30, dan Roshaan Singh Raina, 42.
Katanya, difahamkan mangsa yang berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui sekitar jam 2 petang di dalam kokpit.
Terdahulu polis mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan itu terkorban.
dengan mayat kedua-dua mereka terjunam lebih dua meter ke dalam tanah.
Ketua Polis Selangor berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 1.45 tengah hari berhubung kejadian itu.
Menurutnya, mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |