Berita Semasa

Warga asing guna bas GoKL dikenakan caj RM1 Januari ini

KUALA LUMPUR – Warga asing yang menggunakan perkhidmaatan bas GoKL akan dikenakan tambang RM1 bermula 1 Januari depan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, bayaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat laluan di pusat bandar iaitu laluan Hijau (01); laluan Ungu (O2); laluan Merah (03) dan laluan Biru (04).

“Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch ‘n Go, kod QR, kad kredit atau kad debit.

“Bagaimanapun, ia percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, warganegara Malaysia yang menggunakan Mykad dan mempunyai sistem Touch ‘n Go, perlu membuat pendaftaran MyKad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma.

Susulan itu, DBKL menyediakan kaunter pendaftaran di tiga lokasi iaitu Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan Hentian Akhir Pasar Seni dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga jam 7 malam mulai 1 Dis lepas.

Selain itu, petugas DBKL juga ditempatkan di dalam Bas GOKL terpilih bagi tujuan tersebut manakala kaunter pendaftaran secara berkala di Lobi Menara DBKL 1 turut dibuka pada setiap Rabu dari jam 9 pagi hingga 4 petang mulai 6 Dis lepas.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 03 20282298 (waktu pejabat) atau e-mel kepada jpb@dbkl.gov.my.

 

Show More

Related Articles

Back to top button