Berita Semasa
Sidang media khas Covid-19 jam 4 petang ini
PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, akan mengadakan sidang media khas berhubung perkembangan Covid-19 pada jam 4 petang ini di bangunan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.
Sidang media khas itu adalah yang pertama sejak Dr Dzulkefly dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan.
Jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.
Dr Dzulkefly dalam satu perkongsian di platform X, berkata, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.
Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 11 kematian turut direkodkan.