Berita Semasa

Aibkan PM: Polis siasat Papagomo

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berhubung kenyataan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran video siaran langsung yang disiarkan kelmarin.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Rusdi Mohd Isa, siasatan dijalankan di bawah 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran video live bertarikh 16 Disember 2023 yang mengaibkan Perdana Menteri.

“Hantaran video berdurasi 1 jam 32 minit dan 50 saat bertajuk “DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS” yang dimuatnaik di Youtube Channel “Sir Azri tersebut masih boleh diakses di pautan URL https://www.youtube.com/watch?v=Cb342DOKH,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu proses siasatan.

Pada masa sama katanya, PDRM mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak-pihak yang menggunakan platform media sosial untuk mengulas atau memanipulasi isu-isu sehingga menyentuh isu ketenteraman awam, prinsip moral, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button