Berita Semasa

Sivakumar digugurkan daripada Kabinet

PUTRAJAYA – Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar digugurkan daripada jemaah menteri Kerajaan Perpaduan.

Dalam pengumuman rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, portfolio Sumber Manusia kini digalas oleh seorang lagi wakil daripada DAP iaitu Steven Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan.

Turut digugurkan dua timbalan menteri iaitu Ram Karpal Singh (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi)

Ram digantikan dengan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan pula Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Show More

Related Articles

Back to top button