Luar Negara

AS beri amaran serang Rusia jika Ukraine dirampas

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi bayangan tidak mempunyai pilihan lain selain menyerang Rusia sekiranya negara itu menawan Ukraine.

Biden berkata, beliau menjangkakan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan terus menyerang Ukraine dalam usaha melemahkan pentadbiran negara anggota NATO itu.

Katanya, walaupun Putin mungkin tidak mahukan peperangan tetapi apa yang telah dilakukan Rusia mencetuskan situasi tegang yang sukar dikawal.

“Saya percaya Putin akan meneruskan niatnya kerana dia perlu lakukan sesuatu. Pencerobohan demi pencerobohan akan dilakukannya untuk menguji AS.

“Sebagai anggota NATO (Ukraine), kami akan mempertahankan setiap inci kawasannya sehingga kami berdepan dengan ancaman yang kami tidak jangka.

“Perkara itu adalah peperangan antara tentera AS dengan tentera Rusia,” katanya.

Pemimpin AS itu memberi amaran, sekiranya Putin terus berkeras untuk merampas Kyiv, Rusia akan menerima akibat yang ‘maha buruk’.

“Sekutu dan rakan kami sedia mengakibatkan kesan yang ‘mahal lagi ketara’ terhadap Russia serta ekonominya.”

“Jika mereka benar-benar lakukan apa yang mereka mahu dengan kekuatan yang mereka kumpulkan di sempadan, ia lakukan, ia akan menjadi bencana bagi Rusia,” kata

Tambah beliau, AS kini menyelaras kesepakatan NATO bagi menghadapi ancaman Rusia dan Putin juga menyedari hanya ada dua pilihan sama ada tindakan ketenteraan atau diplomasi.

“Beliau (Putin) perlu memikirkan kesan sebelum bertindak.”

Show More

Related Articles

Back to top button